KULIM, 15 Januari 2026 (Khamis) – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menganjurkan satu sesi perkongsian ilmu bertajuk The Future of Manufacturing and Career Opportunities bertempat di Dewan Kuliah ULPL, PTSB.
Program ini menampilkan penceramah jemputan, Encik Mohammad Shakir bin Jamil dari Straits Orthopaedics (Mfg) Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembuatan peranti ortopedik bertaraf global yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri pembuatan peranti perubatan.
Sesi perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkembangan teknologi terkini dalam sektor pembuatan serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap peluang dan laluan kerjaya yang sejajar dengan keperluan industri masa kini. Program ini juga membantu pelajar membuat perancangan kerjaya yang lebih jelas, realistik dan berinformasi.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar yang menunjukkan minat tinggi terhadap topik berkaitan masa depan industri pembuatan dan peluang kerjaya yang ditawarkan. Penganjuran program ini turut memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara pihak industri dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) ke arah pembangunan modal insan berkemahiran tinggi serta selari dengan kehendak industri semasa.
Foto dan pelaporan:
SARINA BINTI ISHAK
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)






