KULIM, 4 Februari 2026 | Majlis Pengumuman Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kampus (PRK) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) 2026 telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama (DKU).
Pengarah PTSB, Hajah Norlili Juwita Arshad merakamkan ucapan tahniah kepada calon-calon yang berjaya serta menegaskan bahawa kemenangan atau kekalahan hanya akan benar-benar dinilai apabila amanah kepimpinan digalas sepenuhnya dengan penuh tanggungjawab dan integriti.
Beliau turut mengingatkan para pelajar agar mengamalkan 12 Dimensi TVET STAR sebagai panduan membentuk sahsiah unggul sepanjang berada di PTSB dan seterusnya menjadi kebanggaan keluarga, masyarakat serta industri.
Pada masa yang sama, penghargaan turut dizahirkan kepada Sekretariat Pilihan Raya Kampus PTSB yang diketuai oleh Encik Mohd Fuad bin Ibrahim atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan kelancaran PRK PTSB 2026.
Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Politeknik.kolejkomuniti
HEP PTSB
#TVETStar
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#POLYCC
#TVETForAll
#MalaysiaMADANI
#madanibekerja
Foto: Aniqah Hanis (UKK)







