KULIM – Majlis Persaraan Puan Zakiah Sulong dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) telah berlangsung bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).
Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas jasa serta sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan yang penuh dengan dedikasi, komitmen dan integriti dalam dunia pendidikan.
Bertemakan Songket Klasik, majlis ini diserikan dengan elemen warisan budaya tradisional yang mewujudkan suasana penuh bermakna dan nostalgia. Kehadiran pengurusan tertinggi dan warga kerja PTSB telah memeriahkan majlis, sekali gus mencerminkan penghargaan terhadap sumbangan Puan Zakiah khususnya dalam bidang akademik dan pembangunan modal insan.
Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja bertujuan menghargai jasa dan bakti seorang pesara, malah turut memperkukuh semangat kekeluargaan dan kebersamaan.
Pelaporan:
Siti Hajar Saad @ Mohd Yusoff (JMSK)
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan (UKK)
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#POLYCC
#TVETForAll
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja






