KULIM, 5 Februari 2026 | Syabas buat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Tahun 2026/2027 yang telah menerima watikah pelantikan secara rasmi hari ini.
Pengarah PTSB, Hajah Norlili Juwita Arshad dalam amanatnya menegaskan bahawa kepimpinan yang berintegriti lahir daripada keikhlasan memikirkan kebajikan orang di bawah pimpinan, menjaga sahsiah diri serta sedar bahawa setiap keputusan akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan kelak.
JPP turut diingatkan agar sentiasa berhati-hati dalam tindakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga di samping berusaha merealisasikan aspirasi TVET STAR merangkumi 12 dimensi pembangunan pelajar yang menyeluruh.
Walaupun memikul tanggungjawab kepimpinan, JPP diingatkan agar terus mengekalkan kecemerlangan akademik dan menjadi contoh terbaik kepada rakan pelajar.
Lead the way by showing the way.
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan (UKK)
@Politeknik.kolejkomuniti
@Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
#TVETSTAR
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#POLYCC
#TVETForAll
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja







