MAJLIS HI-TEA JABATAN PERDAGANGAN SESI DISEMBER 2017
26 MAC 2018 – Bertempat di Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah berlangsungnya majlis Hi-Tea JP bagi Sesi Disember 2017. Majlis Hi-Tea adalah satu majlis yang diadakan pada hujung setiap semester. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Hajah Siti Rohani Binti Ali ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan yang bakal menjalani latihan industri pada semester akan datang. Majlis ini juga diyakini menjadi medan untuk semua pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan dan para pensyarah Jabatan Perdagangan untuk beramah mesra di samping mengeratkan lagi silaturrahim yang telah terjalin sebelum menamatkan pengajian di politeknik ini. Pengendalian majlis ini sepenuhnya diuruskan oleh exco-exco Commerce Club, Jabatan Perdagangan, PTSB. Majlis ini bertemakan warna ‘Hitam Kuning’.