Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menghadiri Sesi Lawatan ke fasiliti BIM Satellite Kedah di Kulim Avenue bagi melihat sendiri bagaimana teknologi Building Information Modelling (BIM) mengubah landskap industri pembinaan moden.


Lawatan ini bukan sekadar pendedahan teknologi, malah membuka ruang jaringan strategik bersama Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (ABMWU), agensi kerajaan dan industri dalam memperkasa pembinaan digital selaras Revolusi Industri 4.0.
Daripada idea kepada visual, pelan kepada realiti. BIM sedang membina masa depan industri.


“Memperkasa Teknologi BIM Ke Arah Pembinaan Digital Masa Hadapan”


#PTSBSukses
#InspirasiPTSB
#PTSBProud
#POLYCC
#TVETForAll
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja


Foto dan pelaporan: Ts. Rohazak bin Yaacob (JKA)