Perpustakaan Al-Khawarizmi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima sesi Lawatan Penjurian Penarafan Bintang Perpustakaan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), hari ini.
Hadir sebagai panel juri ialah Puan Fatimah binti Abdul Hai dan Puan Effah Imtiaz binti Zainol daripada PNM bagi menilai aspek pengurusan perpustakaan, kandungan digital, kemudahan serta ekosistem pembelajaran yang disediakan kepada warga khususnya pelajar.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan PTSB dalam memperkasakan budaya ilmu dan memperluas akses pembelajaran yang relevan dengan keperluan pendidikan masa hadapan. Perpustakaan hari ini bukan lagi sekadar tempat membaca tetapi pusat idea, inovasi dan pembangunan insan.
#PTSBSukses
#InspirasiPTSB
#PTSBProud
#POLYCC
#TVETForAll
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan





