Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Sr. Zuraini binti Basarudin atas pelantikan sebagai Pakar Instruksional POLYCC 2026.

Pelantikan ini meletakkan beliau sebagai salah seorang daripada 36 pensyarah terbaik POLYCC yang diberi amanah memperkasa budaya pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkualiti, inovatif dan berimpak tinggi di politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia.

Satu pengiktirafan yang membanggakan buat PTSB dalam melahirkan tenaga pengajar kompeten, progresif dan sentiasa relevan dengan landskap pendidikan masa kini.

#PTSBSukses
#InspirasiPTSB
#PTSBProud
#POLYCC
#TVETForAll
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja