KEM BIMBINGAN JATI DIRI MENYERLAH JAUH DARI BIASA
21 April 2018 – Bukan program biasa-biasa, Kem Bimbingan Jati Diri 2018 merupakan satu wadah permulaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) anjuran Jabatan Sukan dan Ko Kurikulum (JSKK), dengan kerjasama Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Udara, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, dan Persatuan Penduduk Taman Seri Mahkota, Kulim. Kesemua peserta berkhemah sepanjang kem ini berlangsung.
Modul pembentukan jati diri yang menekankan konsep kemahiran emosi sosial adalah antara pendekatan untuk menyerlahkan potensi para pelajar dari segi komunikasi, fokus, dan kerja berpasukan. Seramai 38 orang peserta yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah berumur 9 hingga 12 tahun telah berjaya mengikuti kem ini dengan jayanya.
Rata – rata komen peserta adalah, “program ini sangat menyeronokkan, bermanfaat, dan amat membantu dirinya dan rakan-rakan berkomunikasi di khalayak ramai dengan baik”.