Sekalung tahniah diucapkan kepada Nurul Iman Irdina binti Azizi atas kejayaan cemerlang merangkul Tempat Ketiga di pentas kebangsaan Grand Finale Silver Tongue Elite 2026: Malaysia POLYCC Creative Communication Challenge.
Bukan mudah nak berentap dengan barisan finalis hebat dari seluruh POLYCC tetapi wakil PTSB tetap menyerlah membuktikan kehebatan dalam pengucapan awam dan komunikasi kreatif.
Tahniah dan terima kasih juga buat mentor dan pensyarah pengiring, Puan Wan Nur Ashikin Wan Mansor atas bimbingan dan sokongan padu yang diberikan.