Bagi merapatkan jurang antara teori di bilik kuliah dan realiti industri, pelajar Diploma Kejuruteraan Awam PTSB baru-baru ini telah didedahkan dengan aplikasi sebenar reka bentuk sistem pembetungan menerusi program IWK Industry Talk @ JKA PTSB: Practical Sewer Design Fundamentals.
Melalui perkongsian eksklusif bersama pakar industri, pelajar mendalami pelbagai aspek praktikal secara komprehensif, termasuklah asas rangkaian paip, dinamik aliran kumbahan, pengiraan kecerunan hidraulik, halaju pembersihan kendiri (self-cleansing), perancangan sistem serta cabaran penyelenggaraan di tapak projek.
Program berimpak tinggi ini bukan sahaja berjaya memantapkan kemahiran teknikal malah memupuk kesedaran bakal jurutera awam kita tentang kepentingan membina sistem pembetungan yang selamat, cekap, dan mampan agar mereka lebih bersedia untuk memenuhi keperluan sebenar industri.
Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan
Pelaporan: Mohd Azmi Hambali





