Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam PTSB telah berjaya menamatkan Program Pengenalan Hidrodinamik dan Asas Pemodelan HEC-RAS 2D yang dikendalikan oleh Gs. Dr. Muhammad Azraie Abdul Kadir, Pensyarah Kanan UTHM.
Menerusi sesi teori dan amali ini, pelajar didedahkan dengan konsep aliran air, analisis sungai, serta aplikasi perisian HEC-RAS 2D untuk pengurusan banjir. Hasilnya, pelajar kini mampu menjalankan simulasi aliran dan mentafsir data penting seperti kedalaman dan halaju air.
Program ini ternyata berjaya menghubungkan ilmu teori dengan aplikasi sebenar industri, sekali gus melonjakkan kemahiran teknikal, pemikiran analitikal dan kompetensi digital bakal jurutera kita.
Foto dan pelaporan:
Mohd Azmi Hambali





