Penuh gemerlapan, elegan dan sarat dengan kenangan bermakna, Majlis Apresiasi Pra Graduan Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Sesi I 2026/2027 berlangsung dalam suasana meriah dan penuh penghargaan.
Bertemakan โ€œWedding of the Yearโ€, majlis ini menjadi simbolik kepada perjalanan indah yang diraikan bersama sebelum pelajar semester akhir melangkah ke fasa latihan industri.
Bukan sekadar meraikan pencapaian pelajar, majlis ini turut menjadi tanda penghargaan kepada para pensyarah atas ilmu, bimbingan dan dedikasi yang dicurahkan, di samping mengeratkan silaturahim serta mencipta kenangan bermakna bersama warga Jabatan Perdagangan.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan sepanjang di PTSB menjadi bekalan berharga untuk terus melakar kejayaan dalam latihan industri dan melangkah yakin ke alam kerjaya.
Sejuta Kenangan, Setulus Penghargaan.
ย 
Foto dan pelaporan:
Nurfah Nabilah binti Mohd Fadzil
ย