PERTANDINGAN PRA KELAYAKAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA BIDANG MEKATRONIK 2018 JKM PTSB
Pertandingan Pra Kelayakan WSMB bagi bidang Mekatronik telah diadakan di Ciast Shah Alam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menyertai pertandingan pada 16 hingga 18 April 2018. PolySkills merupakan suatu jenama yang akan menaungi aktiviti-aktiviti pertandingan kemahiran WorldSkills Malaysia di peringkat Politeknik Malaysia bertujuan untuk mempertingkat kemahiran dan mencungkil bakat rekacipta pelajar dan pensyarah Politeknik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Penyertaan Pertandingan Pra Kelayakan WSMB ini adalah bagi mangambil pengalaman dan pengetahuan kumpulan sasaran adalah terhad dan secara tidak langsung melalui penyertaan ini, pelajar dapat memantapkan dan menambahkan pengetahuan dari segi praktikal sejajar dengan misi politeknik kita iaitu ‘beriltizam untuk memberi pendidikan dan latihan separa profesional yang berkualiti melalui sistem pengurusan dan pendidikan yang strategik, efektif, responsif dan relevan; prasarana yang lengkap dan persekitran yang kondusif; bagi memenuhi keperluan modal insan dan tenaga kerja yang berketrampilan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan’.