PERTANDINGAN INOVASI ‘THE 4TH INTERNATIONAL INNOVATION, DESIGN AND ARTICULATION’ (I-IDEA 2018) UiTM, PERLIS
Jabatan Perdagangan , Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah buat pertama kalinya menyertai Pertandingan Inovasi i-IDEA 2018 yang dianjurkan oleh pihak Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis iaitu pada pada 24 – 26 April 2018 baru-baru ini. Bagi pertandingan kategori inovasi dibahagikan kepada tiga (3) acara iaitu CROWN, CRYSTAL dan COMIIC.
i-IDeA 2018 adalah pertandingan yang mengetengahkan produk penyelidikan dan mempromosikan budaya penyelidikan dan inovasi bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan UiTM Perlis tetapi juga di kalangan peserta dari institusi pendidikan tinggi tempatan dan antarabangsa. Program ini dilaksanakan sekali bagi setiap dua (2) tahun dan ia terbuka kepada semua perekacipta, pihak akademik, sekolah-sekolah, industri dan usahawan seluruh dunia. i-IDeA 2018 dapat menghubungkan antara institusi pendidikan tinggi dan industri untuk berkongsi produk dan idea kreatif yang boleh dikomersialkan.
Acara yang disertai oleh Jabatan Perdagangan adalah CROWN Event B iaitu kategori pensyarah dengan tajuk projek ‘Odorata Body Scrub’. Manakala bagi kategori pelajar mempertaruhkan 2 kumpulan iaitu bagi acara CROWN Event C dan 1 kumpulan bagi acara COMIIC Event H dengan tajuk projek bertajuk ‘Fast Cool Gel’.
Berikut adalah keputusan Pertandingan bagi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
Kategori Crown Event B (Pensyarah)
Bil |
Nama Projek |
Ahli Kumpulan |
Keputusan |
1. |
ODORATA BODY SCRUB |
1. Ummi Kalsom Binti Ab Hamid 2. Mohd Huzaimi Bin Md Zuki 3. Nurbaiti Binti Mahran 4. Rehan Binti Berhanudin |
Gangsa |
Kategori Comic Event H (Pelajar)
Bil |
Nama Projek |
Ahli Kumpulan |
Keputusan |
1. |
FAST COOL GEL |
1. Muhammad Izairey Shafizan Bin Jafrey 2. Balqis Binti Amershah |
Perak |
Kategori Crown Event C (Pelajar)
Bil |
Nama Projek |
Ahli Kumpulan |
Keputusan |
1. |
HERBAL NEEMS LOTION |
1. Segar A/L Valaiathan 2. Nakammh A/P Ayaro 3. Logaraj Naidu A/L Muniandy 4. Tanalachumy A/P Sethu 5. Muhammad Liwauddin Bin Abidin |
Perak |
2. |
E-BEAT |
1. Jagadish A/L Ganesan 2. Vimmel A/L Subramaniam 3. Santaletchumi A/P Govindasamy 4. Wong Xi Xiang 5. Sivakami A/P Maremuthu |
Gangsa |
Walaupun tidak mendapat pingat emas pihak Jabatan berasa bangga atas pencapaian yang ditunjukkan oleh pensyarah dan pelajar Diploma Pemasaran, Jabatan Perdagangan. Segala pengalaman yang didapati semasa berada di UITM Perlis amatlah berharga dan akan digunakan untuk prosess penambahbaikan pada masa akan datang. Jumpa di i-IDEA 2020!