KURSUS WORKING FOR YOUR INNER BOSS: PERSONAL ACCOUNTABILITY 2018
Kursus Working For Your Inner Boss : Personal Accountability, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Akauntabiliti adalah satu kursus yang melibatkan seramai 440 orang staf di Politeknik Tuanku sultanah Bahiyah dimana ianya adalah pendedahan terhadap tanggungjawab seorang pekerja berkaitan tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh majikan di dalam sesebuah organisasi. Rasa tanggungjawab terhadap kerja yang diberikan adalah amat penting kerana melalui rasa tanggungjawab, seseorang pekerja akan membuat keputusan dengan lebih berhati-hati bagi mengelak dari melakukan sebarang kesilapan. Keadaan ini dapat membantu meningkatkan tahap produktiviti kerja dan mencapai objektif utama di dalam sesebuah organisasi.
Objektif Kursus:
- Mengetahui punca-punca pekerja bermasalah dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
- Melaksanakan proses mendidik dam memotivasikan pekerja.
- Mencari pendekatan strategik untuk mengatasi pekerja yang bermasalah.
- Mengetahui implikasi jika pekerja yang bermasalah di buang kerja.