Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah melaksanakan Program Pengantarabangsaan dan Keusahawanan 2018. Program ini telah dilaksnakan pada 18 – 19 Oktober 2018 bertempat di Songkla dan Hatyai Thailand. Seramai 6 orang pensyarah, 2 orang kakitangan sokongan dan 22 orang pelajar menyertai aktiviti ini.

Agenda utama program ini adalah untuk membina satu hubungan kolaborasi antara dua institusi iaitu Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Rajabhat Universiti, Songkla, Thailand. Lawatan akademik dan pertukaran maklumat telah dilaksanakan di Management Science Faculty di mana para delegasi dari PTSB telah diberikan maklumat mengenai universiti terutama berkenaan Management Science Faculty. Selain itu, lawatan sekitar falkuti juga dilaksanakan untuk melihat kemudahan yang disediakan di falkuti dan juga proses pengajaran dan pembelajaran di sana berlaku. Dalam lawatan ini juga PTSB telah diberikan ruang untuk memberikan maklumat berkenaan Politeknik Malaysia amnya dan PTSB secara khususnya. Satu sesi dialog antara pelajar kedua institusi telah dilaksanakan di mana para pelajar kedua institusi dapat bertukar idea dan maklumat.

Selain dari lawatan ke Rajabhat Universiti fokus program ini adalah untuk melihat aktiviti keusahawanan di sekitar Hatyai. Program ini juga turut diselitkan dengan aktiviti “Informative Talk” di mana pelajar didedahkan dengan khasiat-khasiat dan produk-produk hasil daripada penternakan lebah di Big Bee Farm, Hatyai. Bukan itu, sahaja program ini dapat mendedahkan pelajar dengan kebudayaan dan warisan negara serantau ASEAN. Program ini jugak secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran softskill pelajar dan penganjuran dan perlaksanaan aktiviti diperingkat antarabangsa. Selain itu, ia jugak dapat membantu pelajar untuk lebih berani berkomunikasi di peringkat global.

Menurut saudara Dzulafdal pelajar Diploma Perakaunan yang merupakan pengarah program berkata “Program ini merupakan satu aktiviti yang memberikan banyak manfaat pada pelajar. Ia dapat membantu pelajar membina keyakinan diri untuk berada di pentas global. Ia juga merupakan satu platform untuk pelajar berani berkomunikasi di peringkat antarabangsa”.

Program Pengantarabangsaan dan Keusahawanan 2018all1

Program Pengantarabangsaan dan Keusahawanan 2018all2

Program Pengantarabangsaan dan Keusahawanan 2018all3

Program Pengantarabangsaan dan Keusahawanan 2018all4