Program Lawatan Akademik Dan Memories To Keep
18 OKTOBER 2018 – Bertempat di Pulau Langkawi, Kedah telah berlangsungnya program Lawatan Akademik dan “Memories To Keep” selama tiga hari yang bertarikh 18-20 Oktober 2018. Program lawatan akademik dan “Memories To Keep” ini bertujuan memupuk sifat kepimpinan dan semangat kerja berkumpulan di kalangan pelajar DPM5B dan Penasihat Akademik. Program ini dianjurkan oleh pelajar DPM5B, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Antara pengisian program ialah pendedahan ilmu di beberapa organisasi iaitu Masjid Al-Hana bagi menjalankan aktiviti “Corporate Social Responsibilities”, Atma Alam Batik Art Village bagi sesi lawatan dan taklimat mengenai “Proses Pembuatan Produk Kraf Tangan” dan Taman Teknologi MARDI Langkawi bagi sesi lawatan dan taklimat mengenai “Peranan MARDI Dalam Pembangunan Ekonomi Negara”. Melalui program ini, pelajar telah didedahkan mengenai pengurusan sumber manusia, sumbangan kepada ekonomi Langkawi dan pelbagai aktiviti ke arah kepimpinan sesebuah organisasi. Di akhir sesi program ini, para pelajar telah dapat memperolehi ilmu pengetahuan sumber manusia, meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan di samping membina keyakinan diri yang tinggi. Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat memupuk kesefahaman dan semangat kerjasama. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah mewujudkan jalinan mesra yang baik dan semangat kerja berkumpulan malah dapat meningkatkan kecemerlangan diri. Secara keseluruhannya, program Lawatan Akademik dan “Memories To Keep” ini telah mencapai objektif yang dirancang dengan jayanya.