Pada 9 Januari 2019 yang lalu, Politeknik Malaysia secara serentak di seluruh negara telah berjaya menjalani sesi Pilihan Raya Kampus (PRK). Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) turut bersama berjaya melaksanakan proses PRK pada tarikh yang sama bertempat di Dewan Muadzam Shah. Proses pemilihan pemimpin pelajar melalui PRK ini bermula dengan hebahan awal PRK pada 16 Disember 2018 dan diikuti dengan proses Penamaan Calon serta Pelancaran Kempen Pilihan Raya Kampus iaitu pada 1 Januari 2019.
Setelah selesai tempoh berkempen selama lapan (8) hari, proses pembuangan undi berlangsung pada 9 Januari 2019 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Proses pembuangan undi bagi sesi kali ini amat memberangsangkan dengan mencatatkan seramai 2432 orang pelajar turun membuang undi daripada keseluruhan 2836 orang pelajar yang layak mengundi iaitu sebanyak 85.75%.
Pengumuman keputusan PRK telah diadakan pada jam 4.00 petang di Dewan Muadzam Shah. Pengumuman keputusan PRK 2019 disempurnakan oleh Puan Pengarah PTSB sendiri iaitu Puan Yusma binti Yusof yang diiringi oleh Encik Mohd Yusaini bin Mohamed Ali, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PTSB. Turut sama melangsungkan majlis adalah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Norsyahidan bin Mohd Yusof merangkap Pengerusi Pilihan Raya Kampus. Aktiviti cabutan bertuah turut diadakan kepada para pelajar yang turun mengundi bagi merancakkan suasana sambil menunggu kiraan undi selesai dan pengumuman keputusan dibuat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon yang berjaya memenangi kerusi dalam PRK bagi sesi 2019 ini. Semoga dengan kejayaan dalam proses pemilihan pemimpin pelajar ini dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PTSB melalui saluran suara pelajar kepada barisan kepimpinan mereka.
Statistik turun mengundi dan keputusan rasmi PRK PTSB 2019 adalah seperti berikut:-