Program Discover Scuba Diving Kelab Biodiversiti Marin, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah diadakan pada 11 Januari 2020 bertempat di Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah. Seramai 32 pelajar serta 2 orang pensyarah penasihat kelab iaitu Pn. Rosni bt Omar - Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pn. Shakirah Binti Anuar – Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah terlibat dalam program ini.

Program ini dapat menerapkan pelbagai ilmu dan memupuk kesedaran tentang kepentingan laut selaras mencapai objektif silibus MPU 24021 Kelab Biodiversiti Marin. Selain daripada itu, program ini juga merupakan salah satu platform kepada pelajar untuk menceburkan diri serta berjinak-jinak dalam bidang rekreasi scuba diving.