Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PTSB telah berjaya melalui Kursus Leadership Transformation Camp pada 09 hingga 11 Januari 2020 di Kem Kenari Nature Park, Yan Kedah. Program tiga hari dua malam ini dikendalikan oleh Penasihat Majlis MPP.
Antara modul yang telah disampaikan dalam melatih barisan MPP kali ini adalah membina pasukan A+ , model 5i , konsep yang perlu ada seseorang pemimpin melalui model PIES, Power Talk, dan SWOT analysis dan beberapa lagi pengisian yang amat menarik diterapkan.
Para peserta turut diberi tunjuk ajar akan penghasilan kertas kerja dan kertas cadangan berkualiti. Tambahan lagi, para peserta turut diperkemaskan dengan teknik dan kaedah pengendalian program dan organisasi cemerlang.