Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah menghantar 10 orang wakil pelajar dari MPP ke Majlis Amanat Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Tahun 2020. Majlis tersebut telah berlangsung pada 21 Januari 2020 di Politeknik Ungku Omar (PUO) Ipoh, Perak dengan dihadiri oleh semua Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara.

Antara amanat yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah adalah ucapan penghargaan kepada mantan-mantan pengarah politeknik yang telah pun bersara, sorotan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Politeknik dan kolej Komunit sepanjang tahun 2019 dan pengumuman politeknik dan kolej komuniti yang diamanahkan menjalankan 4IR Flagships dan Satelite.

PTSB juga telah diumumkan dan dianugerahkan sebagai Jabatan yang berjaya mencapai Key Performance Indicator (KPI) 100%. Puan Yusma binti Yusof selaku Pengarah PTSB telah menerima anugerah pencapaian cemerlang ini. Tahniah PTSB!