Kejohanan Sofbol MAJLIS Sukan Politeknik Premier League Tahun 2020 telah diadakan pada 3 hingga 7 Mac 2020 bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kejohanan ini adalah anjuran Pusat Kecemerlangan Atlet (PKAT) Sofbol POLIMAS bersama PIS serta Majlis Sukan Politeknik (MSP). PTSB bersama Politeknik Kedah yang lain telah berjaya meraih tempat ke-3 bagi kategori wanita dan tempat ke-4 bagi kategori lelaki.

Lebih membanggakan 3 orang pelajar dari PTSB iaitu Muhammad Alias bin Ramli (16DKM19F1109), Mohamad Afiq Zulhaimi bin Mohd Sharif (16DEE17F1018) dan Ain Yasmin binti Hashim (16DEE19F1038) telah berjaya dipilih ke sesi pemilihan Pasukan Sofbol Majlis Sukan Politeknik (MSP) yang akan bertanding di Liga I{T, Sofbol Terbuka Kebangsaan Dan SUKIPT. Tahniah dan syabas !!!