23 April 2020 (KHAMIS) – Program Jom Baca Bersama Peringkat Kebangsaan telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada hari Khamis, 23 April 2020 jam 11.00 sehingga 11.10 pagi. Sehubungan dengan itu, Perpustakaan PTSB telah menganjurkan program PTSB Membaca yang melibatkan warga PTSB secara atas talian pada tarikh dan waktu yang sama.
Penyertaan adalah dengan cara memuatnaik gambar/video staf atau staf bersama keluarga sedang membaca beserta kata-kata ringkas di Facebook masing-masing beserta hashtag #PTSBmembacapkp . Tahniah kepada pemenang program PTSB Membaca kali ini iaitu Puan Azhani binti Ariffin yang berjaya memenangi senaskhah buku dan sijil penghargaan. Terima kasih kepada warga PTSB yang telah menjayakan program kali ini. Teruslah menyokong program Perpustakaan PTSB.
“Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik.” - Buya Hamka.