Bertugas sebagai sukarela barisan hadapan sepanjang tempoh perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nyata memberikan pengalaman yang begitu berharga buat Pegawai-Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Pelatih Pasukan Institusi Pertahanan Awan (PISPA), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

Tugasan yang diberikan sudah tentu memerlukan para pegawai untuk berhadapan dengan komuniti dan orang ramai. Demi mengekang pandemik Covid-19 ini situasinya amat berbeza dimana pegawai perlu lebih berhati-hati kerana ancaman tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Lebih mencabar tugasan ini berlaku sewaktu bulan Ramadan dan momen berharga ini tentunya tidak dapat dirasai oleh semua orang. Walaubagaimanapun setiap amanah dan tugasan yang diberikan telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Antara tugasan yang dipertanggungjawabkan adalah :

  1. Urusetia Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kulim.
  2. Penghantaran bantuan keperluan kepada warga yang memerlukan.
  3. Penghantaran keperluan makanan kepada individu yang dikuarantin.
  4. Omnipresence/ (Penyampaian Hebahan kepada komuniti secara lapangan)
  5. Mengurus penerimaan dan penghantaran pulang Pelajar IPT ke kampung halaman.
  6. Bertanggungjawab mengiringi pelajar pulang ke semua zon dari Pusat Pelepasan.

Antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan apabila dapat saling berganding bahu bekerjasama dengan pasukan beruniform, agensi kerajaan & Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO lain yang turut sama bertugas sebagai barisan hadapan sepanjang PKP ini. Antaranya adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan banyak lagi.

Diharapkan sumbangan dan pengorbanan ini sedikit sebanyak dapat membantu negara kita yang tercinta ini bebas dari ancaman Covid-19. Semoga usaha ini juga mendapat rahmat dari Allah SWT.