Pendaftaran pelajar baharu sesi Jun 2020 PTSB berjalan lancar dalam suasana kebiasaan baharu.

Pendaftaran sesi pertama pada 4 Ogos 2020, seramai 400 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan telah membuat pendaftaran.

Bagi pendaftaran sesi kedua pula pada 5 Ogos 2020 dijangka seramai 380 orang pelajar lagi dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Jabatan Kejuruteraan Awam, akan membuat pendaftaran.

Proses pendaftaran dijalankan secara pandu lalu dengan mengikut SOP yang digariskan bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.