Pada 7 April 2021 yang lalu, Politeknik Malaysia secara serentak di seluruh negara telah berjaya menjalani sesi Pilihan Raya Kampus (PRK). Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) turut bersama berjaya melaksanakan proses PRK secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP). Proses pemilihan pemimpin pelajar melalui PRK ini bermula dengan hebahan awal PRK pada 16 Mac 2021 dan diikuti dengan proses Penamaan Calon serta Pelancaran Kempen Pilihan Raya Kampus iaitu pada 30 Mac 2021. Setelah selesai tempoh berkempen selama lapan (8) hari, proses pembuangan undi berlangsung pada 7 April 2021 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Proses pembuangan undi bagi sesi kali ini amat memberangsangkan dengan mencatatkan seramai 2287 orang pelajar turun membuang undi daripada keseluruhan 2553 orang pelajar yang layak mengundi iaitu sebanyak 83.32%. Pengumuman keputusan PRK telah diadakan pada jam 4.00 petang di Dewan Kuliah Utama. Pengumuman keputusan PRK 2021/2022 disempurnakan oleh Puan Pengarah PTSB sendiri iaitu Puan Yusma binti Yusof yang diiringi oleh Encik Mohd Yusaini bin Mohamed Ali, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PTSB. Turut sama melangsungkan majlis adalah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Norsyahidan bin Mohd Yusof merangkap Pengerusi Pilihan Raya Kampus. Pertandingan peratusan undian tertinggi kategori jabatan dan pertandingan swafoto PRK kategori individu juga turut diadakan untuk memeriahkan lagi sesi Pilihan Raya Kampus sesi 2021/2022. Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon yang berjaya memenangi kerusi dalam PRK bagi sesi 2021/2022 ini. Semoga dengan kejayaan dalam proses pemilihan pemimpin pelajar ini dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PTSB melalui saluran suara pelajar kepada barisan kepimpinan mereka. Statistik turun mengundi dan keputusan rasmi PRK PTSB 2021/2022 adalah seperti berikut:
STATISTK PENGUNDI PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB SESI 2021/2022
JUMLAH PENGUNDI = 2533 PELAJAR
JUMLAH PELAJAR MEMBUANG UNDI = 2287 PELAJAR
PERATUSAN PELAJAR MEMBUANG UNDI = 83.32%
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB SESI 2021/2022
KERUSI UMUM
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB SESI 2021/2022
KERUSI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB SESI 2021/2022
KERUSI JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB SESI 2021/2022
KERUSI JABATAN KEJURUTERAAN PERDAGANGAN (JP)
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB SESI 2021/2022
KERUSI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)