Pada 8 hingga 10 April 2021 telah berlangsung Kursus Pembentukan Post Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah bagi sesi 2021/2022. Objektif kursus tersebut adalah untuk mengukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan barisan MPP disamping meningkatkan kepimpinan dan menjalinkan ukhwah antara Majlis Perwakilan Pelajar dengan penasihat MPP. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 hari di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, sepanjang tempoh 3 hari para MPP telah melakukan pelbagai aktiviti Bersama. Hal ini demikian, mereka dapat mengenali antara satu sama lain untuk mencipta hubungan yang baik antara satu sama lain. Semoga semangat kerja berpasukan dan ukhwah yang dicipta semasa kursus pembentukan post kabinet dapat kekal supaya semua dapat menjalankan tugasan yang diberi dalam persekitaran yang sihat. Selamat maju jaya dalam menjalankan tugas sebagai barisan Majlis Perwakilan Pelajar PTSB!