Pada 9 Jun 2021 telah berlangsung Cabaran Digital Artificial Intelligent Robotic and Programming (AIRP) anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia. Pasukan Airdrone PTSB telah mengambil bahagian dan berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Pasukan Airdrone PTSB terdiri dari 3 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Muhammad Shahrul Aizad bin Sharifulazman, Muhammad Nabil Fikri bin Hamdan dan Hanif bin Jamian serta beberapa pensyarah penasihat iaitu En. Husaini Aza bin Mohd Adam, En. Mohd Amini bin Ahamad Sayuti dan En. Mahadzir bin Jamia’an telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM750.

Pertandingan ini dijalankan secara atas talian bermula 27 Mei 2021 hingga ke hari penutup dimana pelajar perlu menyelesaikan 3 cabaran dan cabaran bonus melalui pengaturcaraan. Terdapat 6 pasukan yang menyertai pertandingan tersebut antaranya Bradz Crew, KVSB2, PTSB Airdrone team, KVSB1, HRZ Airdrone dan STEAM UNITEN. Tempat kedua pula dimenangi oleh Bradz Crew manakala tempat ketiga dimenangi oleh HRZ Airdrone. Semoga pasukan PTSB Airdrone terus cemerlang!