25 Jan. 2022 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Kemahiran MARA (IKM), Seberang Perai Utara. 

Lawatan ini antara lain adalah bertujuan untuk merangka kerjasama strategik yang yang boleh dijalankan di antara kedua-dua Institusi Pendidikan TVET. Antara perbincangan yang diketengahkan adalah gunasama peralatan, sumber serta kepakaran tenaga pengajar khususnya dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Semoga lawatan ini dapat membuka ruang dan peluang yang lebih baik bagi kedua-dua institusi dalam memantapkan lagi pendidikan TVET negara.