KSRS FC merakamkan kemenangan ke-2 dalam saingan siri perlawanan persahabatan bil 3/2022 selepas menundukkan Veteran PSKPP Kulim 3-1 di padang utama, PTSB.
Separuh masa pertama turun dengan misi memburu mata penuh, Veteran PSKPP Kulim mengawal permainan dengan baik pada 10 minit awal permainan.
Penguasaan tersebut bagaimanapun tidak memberikan sebarang makna apabila KSRS FC yang dilihat lebih berbahaya apabila sesekali melancarkan serangan ke kubu lawan.
Khairul Sapuan terlebih dahulu menguji ketangkasan penjaga gol PSKPP Kulim menerusi tandukan hasil hantaran lintang dilakukan Mohd Shahrizan.
Namun, penjaga gol PSKPP itu lebih bersedia bagi menafikan percubaan pada minit ke-6 tersebut. Tandukan dari bekas pemain PSAS FC itu merupakan satu-satunya percubaan tepat yang dapat dilihat pada aksi di babak pertama.
Selepas itu, serangan yang dilancarkan kedua-dua pasukan seringkali berakhir dengan percubaan yang tersasar.
KSRS FC mencatatkan lima percubaan tersasar manakala 8 buat PSKPP.
Tuan rumah menceriakan para penyokong setia pada minit 36 selepas aksi dari pemain import KSRS Afi Ridzuan menjaringkan gol pembukaan dan dikuti 11 minit kemudian Mohammad Faiz mencatat gol kedua KSRS FC dengan gerakan menarik dalam kotak penalti PSKPP Kulim.
Separuh masa kedua, tersentak dengan rekod semasa, Veteran PSKPP mengatur langkah dan memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan, tetapi percubaan yang dilakukan Syawal berjaya dihalang Amer aka Paan.
Usaha PSKPP membuahkan hasil selepas Syawal pada minit ke-59 meledak gol cantik hasil gerakan menarik di luar kotak penalti KSRS FC.