Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah berjaya melakar kejayaan besar di PolyCC Ride @ Langkawi 2022. Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Mohammad Redzuan Rahim dari Unit Pembangunan & Penyelenggaraan yang telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Staf manakala Naib Johan pula adalah En. Nor Azriyasri Bin Abdul Razak dari Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi.
4 orang pegawai lagi dari PTSB turut sama bertanding iaitu En. Baharudin bin Azit (JMSK) , En. Muhammad Taufik bin Abdul Talib (JHEP), En. Ahmad Fauzie bin Abd Rahman (UPEP) dan En. Abd Latib bin Ahmad (JKM).
Seramai 347 peserta telah menyertai pertandingan ini yang merupakan anjuran BAPP JPPKK dan Majlis Sukan Politeknik dengan kerjasama Politeknik Sultan Azlan Shah.