Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima Lawatan Penilaian Program oleh ETAC (Interim) pada 2 Mac 2022 (Rabu). Program yang terlibat dengan penilaian ini adalah Program Diploma Kejuruteraan Elektonik (Komputer), Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekatronik dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan).

Terima kasih kepada semua warga kerja PTSB yang terlibat dan memberikan komitmen dalam memastikan dapatan atau teguran daripada sesi lawatan penilaian sebelum ini dapat dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah diberikan oleh panel penilai. Ini menunjukkan bahawa PTSB sentiasa komited dalam memastikan program pengajian yang ditawarkan adalah diiktiraf, berkualiti dan setanding dengan institusi TVET yang lain.