Program Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Jabatan Perdagangan (JP), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah berlangsung dengan meriah dan lancar baru-baru ini. Program yang disertai oleh staf dan pelajar yang merupakan AJK Commerce Club ini dijalankan bertempat di Foyer JP.
Program gotong-royong penyediaan bubur lambuk ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti untuk memeriahkan bulan Ramadhan disamping mengeratkan lagi hubungan antara staf dan pelajar JP. Disamping itu para pelajar turut mendapat pendedahan tentang pengendalian aktiviti kemasyarakatan dengan lebih jelas.
Bubur Lambuk yang disediakan ini kemudiannya diedarkan kepada semua yang hadir serta kepada para pelajar yang berada di KAMSIS.
Pihak JP mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ni.
#KacauBuburLambuk
#Ramadan2022
#KeluargaMalaysia
#LindungiDiriLindungSemua
#MenangBersama