Jabatan Perdagangan (JP), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menjalankan program tanggungjawab sosial bagi menyantuni anak-anak Bakti Kebajikan Nun (BAKUN), Kulim.

Sebagai warga pendidik dan umat Islam yang prihatin dengan golongan yang kurang bernasib baik, seramai 32 warga JP telah meraikan 31 orang anak-anak BAKUN menerusi 'Projek Baju Raya Anak-Anak BAKUN'. Program ini melibatkan aktiviti tajaan pembelian baju raya anak-anak BAKUN yang terlibat di Kulim Central, Kulim dan kemudiannya diserikan lagi dengan pemberian duit raya kepada mereka.

Program ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan sebagai persediaan anak-anak BAKUN menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Diharapkan program ini dapat memupuk budaya ‘Komuniti untuk Komuniti’ melalui social empowerment yang melibatkan para pensyarah dengan warga komuniti setempat.

#ThankYouForMakingPTSBGreat
#WeLovePolyCC
#KeluargaMalaysia
#LindungiDiriLindungSemua
#MenangBersama