Lebih 570 mahasiswa dari 29 kampus IPTA/IPTS di seluruh negara menghadiri Program Townhall Mahasiswa Bersama YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Seramai 10 orang wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) turut sama diberi peluang untuk menyertai program ini yang diadakan bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Alor Setar, Kedah. Majlis berlangsung bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Mahasiswa berkesempatan untuk mendengar ucapan serta amanat daripada YAB Menteri Besar Kedah serta YB Dato’ Wira Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail, Exco Pengajian Tinggi Negeri Kedah.

Para mahasiswa amat bertuah kerana berpeluang untuk beramah mesra bersama YAB Menteri Besar Kedah melalui sesi soal jawab yang berlangsung secara santai. Mahasiswa juga dapat berkongsi lontaran idea dan pendapat mengenai dasar-dasar kerajaan khususnya berkaitan dengan kebajikan serta inisiatif kerajaan kepada pelajar-pelajar dari segi pelaksanaan pendidikan pengajian tinggi di Negeri Kedah.

Usai majlis ini para mahasiswa tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama YAB Menteri Besar Kedah. Semoga sesi townhall ini memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa yang merupakan permata berharga serta bakal pemimpin negara pada masa hadapan.

#WeLovePolyCC
#MakingPTSBGreat
#KeluargaMalaysia
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#LindungiDiriLindungSemua