Sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada hari ini, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah melancarkan Program Outreach TVET - Pelajar Lepasan SPM di lebih 60 buah sekolah menengah.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah di sekitar Daerah Kulim, Bandar Baharu, Baling, Sik, Kuala Muda dan Yan Kedah. Program yang diterajui oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) ini dijalankan dengan kekuatan 120 orang pegawai serta pensyarah dari PTSB.

Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan serta konsultansi khas khususnya kepada para pelajar lepasan SPM, ibu bapa dan guru-guru berkaitan dengan peluang melanjutkan pengajian serta cara permohonan kemasukan ke Politeknik.

#MakingPTSBGreat
#WeLovePolycc
#OutreachTVET
#TVETPilihanKeluargaMalaysia
#MenangBersama
#KeluargaMalaysia