Pendaftaran Pelajar baharu Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bagi Sesi I 2022/2023 berjalan lancar hari ini di atas kerjasama baik di antara para waris, pelajar baharu dan para petugas.

PTSB menerima lebih 600 orang kemasukan pelajar baharu. Proses pendaftaran dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan.

Sesi taklimat/ bual bicara pihak Pengurusan PTSB bersama waris pelajar baharu dijalankan pada jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Mu'adzam Shah, PTSB. Sepanjang sesi ini berlangsung para waris memberikan respon serta maklum balas yang sangat baik. Setiap persoalan daripada waris dijawab dengan jelas oleh pihak pengurusan agar waris mendapat maklumat yang tepat berkaitan perkhidmatan pendidikan TVET yang ditawarkan oleh PTSB.

Minggu Haluan Siswa (MHS) dijalankan bermula pada 15 hingga 17 Ogos 2022. Pengisian-pengisian yang dijalankan sepanjang MHS adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal fasa kehidupan siswa & siswi di kampus PTSB. Pelajar akan mendapat maklumat berkaitan pengajian, pinjaman/biasiswa, kebajikan, disiplin, peperiksaan, aktiviti kokurikulum dan banyak lagi.

Kepada semua pelajar baharu, tahniah dan syabas diucapkan kerana memilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Politeknik Malaysia.

#Selamatdatangpelajarbaharu
#pendaftaranpelajarbaharu
#TVETPilihanKeluargaMalaysia
#TVETPilihanKerjaya
#MakingPTSBGreat
#MenangBersama
#KeluargaMalaysia
@hep_ptsb
@polyccofficial