20 Ogos 2022 (Sabtu) - Seramai 31 orang peserta dari Rumah Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia, Kelang Lama Kulim telah menyertai Program yang dianjurkan oleh AKRAB PTSB.

Program ini bertujuan untuk membantu para peserta agar mempunyai kesedaran yang baik terhadap kepentingan pendidikan masa kini disamping membina keyakinan diri dalam hubungan interpersonal.

Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan oleh ahli-ahli AKRAB untuk membimbing para peserta dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran apabila pulang ke asrama.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

#MakingPTSBGreat
#WelovePolycc
#TVETPilihanKeluargaMalaysia
#KeluargaMalaysia
#MenangBersama