24 Ogos 2022 - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berbesar hati menerima kunjungan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) bersama Syarikat Ferrotec Manufacturing Malaysia Berhad.
Ferrotec Manufacturing merupakan salah satu syarikat pelaburan baharu dari Jepun yang kini bertapak di Kulim Hi-Tech dan sedang giat dalam proses pengambilan pekarja.
Terima kasih Mr. Eiji Miyanaga, CEO Ferrotec Manufacturing (M) Sdn. Bhd serta Pn. Nurliza Ahmad dari, Head of Division Sales & Strategic Planning KTPC kerana membuka ruang dan peluang kepada PTSB khususnya dalam perancangan pengisian tenaga kerja di Kulim Hi-Tech.
Semoga dengan adanya peluang kolaborasi ini akan menjalin perkongsian informasi & pengetahuan ke arah pencapaian yang lebih baik sekaligus memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling.
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanKeluargaMalaysia
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#WelovePolycc
#MenangBersama
#KeluargaMalaysia