13 September 2022 (Selasa) - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menyokong kelestarian pembangunan teknologi negara melalui inovasi dan robotik dengan penganjuran National Invention & Innovation Competition Exhibition and Robot Sumo 2020 (NICERS'22). NICERS'22 telah berjaya menghimpunkan seramai 316 orang perserta daripada 79 kumpulan inovasi, manakala bagi pertandingan Robot Sumo pula terdapat 85 kumpulan. NICERS'22 mendapat penyertaan yang cukup menggalakan daripada institusi pengajian tinggi awam/swasta, institut kemahiran, kolej vokasional, sekolah menengah/ rendah serta pihak industri daripada seluruh negara.
Berikut adalah senarai para pemenang bagi setiap kategori NICERS'22:
Inovasi Terbaik Keseluruhan
Projek: Interactive Visual Instruction Manual (IVIM)
Institusi: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kuala Langat
Hadiah: Wang Tunai RM500, plaque, medal & sijil kemenangan
Johan Kategori B (Pembinaan Bahan)
Projek: Artificial Reef Civil Engineering Department (ARCED)
Institusi: Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Johan Kategori C (Mesin, Peralatan & Proses Pengilangan)
Projek: Pembakar Indah Satay
Institusi: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok, Kelantan
Johan Kategori D (Teknologi Maklumat & Komunikasi)
Projek: COVID-19 Quarantine Managemant System (CQMS)
Institusi: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kuala Langat
Johan Kategori E (Elektrik, Elektronik & Komunikasi)
Projek: Sistem IoT Pengurusan Kunci
Institusi: ADTEC, Kulim
Johan Kategori G (Pertanian, Alam Sekitar & Tenaga Yang Diperbaharui)
Projek: Smart Irrigation & Fertilizer System Using IoT For Crop Growth
Institusi: Politeknik Tuankh Sultanah Bahiyah
Johan Kategori H (Makan & Minuman)
Projek: Bio T Incinerator
Institusi: Sek. Men. Keb. Bandar Seri Putra, Selangor
Johan Kategori I (Perkhidmatan & Pemasaran Produk)
Projek: I-CQI
Institusi: Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Johan Kategori J (Terbuka)
Projek: MAI-SOLAT
Institusi: Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kategori SumoBottle Challenge
Johan: Politeknik Ungku Omar
Naib Johan: Sek. Keb. Setiawangsa
Kategori Troodon Challenge
Johan: Sekolah Tun Fatimah, Johor
Naib Johan: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar
Tahniah diucapkan buat semua pemenang & syabas kepada semua yang telah menyertai NICERS'22.
Terima kasih juga diucapkan kepada barisan juri yang diketuai oleh Dr. Mohd Remy Rozainy bin Mohd Arif Zainol dari USM (juri inovasi) dan En. Mohd Fikree Alias (juri Robot Sumo).
Semoga NICERS'22 memberi peransang kepada peserta untuk terus menyumbang idea baharu di samping kebolehan penyelesaian masalah melalui pemikiran kreatif, logik & di luar sempadan.
Jumpa lagi pada edisi akan datang NICERS'24
#NICERS'22
#ThankYouForMakingPTSBGreat
#WeLovePolycc
#TVETPilihanKeluargaMalaysia
#MenangBersama