Muhammad Zulfadli bin Zakaria (16DPM20F1014) pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang telah berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri melalui Ikon Siarawan PolyCC 2022.
Syabas juga buat Nur Nazifa Zahra bt Mohd Rizal (16DTK20F1003) yang turut berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir.

Ikon Siarawan PolyCC 2022 merupakan platform mencungkil bakat pelajar di dalam bidang pengacaraan. Peserta dikehendaki untuk menghasilkan beberapa tugasan seperti Suara Latar, Cross Over, Baca Berita Challenge, Penyampai Radio, Promosi Produk IKS, Wawancara dan pelbagai lagi.

Program ini telah berlangsung pada 10 - 13 Oktober 2022 bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.

#ThankYouForMakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#TVETPilihanKeluargaMalaysia
#WeLovePolycc
#MenangBersama
#KeluargaMalaysia