Seramai 1,679 pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kemudahan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia. Penyerahan bagi fasa pertama telah dijalankan melibatkan seramai 377 pelajar pada 20 Oktober 2022, manakala bagi agihan fasa kedua melibatkan 1,302 pelajar akan dijalankan pada 30 Oktober 2022.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, berkata sebanyak 50,667 permohonan kemudahan melibatkan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Zon Utara telah diluluskan setakat ini. Daripada jumlah ini 14,913 merupakan pelajar IPT di Negeri Kedah manakala selebihnya iaitu 17,967 (Perak), 9,001 (Pulau Pinang) dan 8,796 (Perlis).
Adalah diharapkan para pelajar PTSB dapat mengoptimumkan penggunaan peranti ini sebaik mungkin bagi membantu mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pembelajaran.
#PerantiSiswa
#MakingPTSBGreat
#welovepolycc
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#TVETPilihanKeluargaMalaysia
#MenangBersama