En. Muhammad Taufik bin Abdul Talib, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Pelajar (JHEP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Belia dan IPT peringkat Negeri Kedah.

KPO merupakan salah satu daripada program untuk menyokong pelaksanaan transisi kepimpinan dan penyediaan pemimpim pelapis kepada gerakan kepimpinan pertubuhan belia yang sedia ada.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ini berlangsung pada 20-21 Oktober 2022 bertempat di Muda Resort Gubir, Sik.

IPT yang terpilih menyertai KPO kali ini adalah PTSB, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra dan Naka serta Kolej Komuniti sekitar Negeri Kedah yang melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar institusi masing-masing.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Mohammad Suhaimi Bin Md Saad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

#MakingPTSBGreat
#WeLovePolycc
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#MenangBersama