2 orang pesyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bersama dengan 4 orang pelajar Muhammad Zulfadli bin Zakaria, Nur Nazifa Zahra binti Mohd Rizal, Andrew Wong Kin Kit, dan Nur Izzatul Farhana binti Junisman telah terlibat dengan Student Mobility Programme “Leaders Of Tomorrow English Camp (LOTEC): Preparing Talented Minds For Job Employment Malaysia - Thailand” di Nakhon Si Thammarat Vocational College, Thailand, baru-baru ini.
Program anjuran bersama Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Politeknik Seberang Perai, Kolej Komuniti Baling dan Kolej Komuniti Seberang Jaya ini dijalankan bagi memberi peluang kepada pelajar dalam mengaplikasikan penggunaan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.
Program ini juga merupakan salah satu platform holistik kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih yakin di dalam“foreign language speakers".
Para pelajar juga berpeluang menjadi fasilitator program di samping memperkukuhkan menjalinkan kerjasama dengan institusi di peringkat antarabangsa.
#MakingPTSBGreat
#Studentmobilityprogramme
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#TVETPilihanKeluargaMalaysia
#MenangBersama