Pelancaran EKSA@PTSB telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah #PTSB baru-baru ini.

EKSA adalah akronim untuk Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia adalah hasil daripada inisiatif MAMPU untuk penjenamaan semula bagi Amalan 5S untuk diguna pakai di sektor-sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMadani
#ThrivingThroughChange
#WeLovePolycc
#JomMasukPoli