Seramai 5 orang pelajar dan 13 orang pensyarah daripada PTSB berpeluang mengadakan Lawatan Balas, Kunjungan Hormat dan Khidmat Masyarakat Kelab Kejuruteraan Elektrik, PTSB ke POLMED, Konsulat Jeneral Malaysia dan Madrasah Diniyah Takmiliyah (MDTA) Al-Washliyah Melati I.

Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala melalui perkongsian ilmu dan amalan terbaik khususnya dalam aspek pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran di antara kedua-dua institusi.

Delegasi PTSB tiba di bumi Medan pada 26 Feb. 2023. Semua peserta dibawa ke Madrasah Diniyah Takmiliyah (MDTA) Al-Washliyah Melati I bagi tujuan pelaksanaan program CSR. Antara aktiviti yang dijalankan bersama para pelajar adalah permainanan psikologi dan e-kit elektronik di mana pelajar-pelajar madrasah telah dibahagikan dalam kumpulan. PTSB juga berbesar hati menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,070 kepada madrasah ini.

Pada 27 Feb. 2023 delegasi PTSB disambut baik oleh Abdul Rahman, SE.,Ak.,M.Si yang merupakan Direktor POLMED. Sesi taklimat dan perbincangan rigkas telah diadakan bersama pihak Pengurusan POLMED. Pelajar PTSB juga berpeluang membuat pembentangan berkaitan Business Model Canvas - Projek Polyduino kepada pensyarah dan pelajar jurusan akauntansi. Pensyarah dan pelajar PTSB juga berpeluang untuk melawat sekitar kampus POLMED.

PTSB turut berkunjung ke Konsulat Jeneral Malaysia di Medan pada 28 Feb. 2023. Delegasi PTSB disambut oleh Pn. Azizah Abd Aziz yang merupakan Konsul Konsulat Jeneral Malaysia.

Semoga kunjungan ini memberikan impak positif khususnya kepada pelajar dalam membentuk keperibadian dan keyakinan diri dalam aspek komunikasi, berdaya saing dan motivasi pelajar.

#MakingPTSBGreat
#WeLovePolycc
#POLYCCPemacuNegaraMadani
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli