Penganjuran Program Outreach Kulim 2023 merupakan platform terbaik bagi menyampaikan dan menyebar luas maklumat yang tepat dan terkini kepada pelajar sekolah dan calon mahasiswa berkaitan peluang-peluang pengajian tinggi yang ditawarkan.
Program ini juga menjadi saluran terbaik dalam memperkasa aspirasi kerajaan untuk meningkatkan aksesibiliti dan ekuiti pengajian tinggi dan dalam membudayakan masyarakat berilmu.
Sebanyak 21 universiti, politeknik, kolej komuniti dan institut kemahiran dibawah kementerian membuka pameran di reruai institusi masing-masing. Antara pengisian yang dijalankan sepanjang Program Outreach ini berlangsung adalah taklimat dan runding cara daripada pihak UPUOnline, konsultasi pendidikan percuma daripada wakil institusi, saringan kesihatan percuma, derma darah, demonstrasi program-program pengajian, permainanan interaktif dan turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.
Seramai lebih 1500 pengunjung yang merupakan pelajar-pelajar serta waris sekitar Kulim, Bandar Baharu serta Pulau Pinang.
Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Hadir merasmikan program ini adalah Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi, USM. Turut hadir adalah En. Wahi Nordin, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi serta Tn. Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
#MakingPTSBGreat
#POLYCCPemacuNegaraMadani
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli