Program Derma Darah Ramadan @ PTSB

Alhamdulillah..walaupun dalam bulan Ramadan, program derma darah mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan oleh pelajar serta staf PTSB.

Program telah diadakan di Pusat Dakwah & Tarbiah Al-Jazari, PTSB pada 29 Mac 2023 (Rabu) bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Program ini merupakan anjuran Unit Patologi & Transfusi Hospital Kulim serta Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, PTSB dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, PTSB.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Ini.

#MakingPTSBGreat
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#ThrivingThroughChange