4 Mei 2023, Hatyai, Songkhla — Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Ahmad Sabri Mohamed (PTSB) penulis dan pembentang “Application of Lean Manufacturing Concepts to Reduced Manufacturing Lead Times Within the “Lekor” Ball Production Process" dan yang telah dianugerahkan Excellent Award for Oral Presentation.

Manakala Cik Suryani Sabri (PTSB), Puan Nurhaida binti Abdullah Hadi (PTSB) dan Cik Nur Diyana bt Suhaimi (KKTG), penulis dan pembentang bersama kertas kajian “English Learning Beyond the Classroom: A Study of Students’ Perceptions on English Camp Programme” yang telah dianugerahkan anugerah “A Very Good Award for Oral Presentation”.

Anugerah ini telah disampaikan semasa Majlis Penutupan The 2nd National and International Conference on Research and Innovation, Institute of Vocational Education : Southern Region 3. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Mr. Prasert Kaewphet, President of the Institute of Vocational Education : Southern Region 3, OVEC Thailand. Sebanyak lebih kurang 120 kertas kajian dari seluruh Thailand dan 12 kertas kajian serta 3 poster dari PolyCC telah dibentangkan semasa persidangan ini. Persidangan ini merupakan anjuran bersama Kolej Komuniti Tasek Gelugor dan Politeknik Seberang Perai yang berlangsung di Crystal Hotel Hat Yai, Songkhla, Thailand pada 3 & 4 Mei 2023.

#ThankYouForMakingPTSBGreat
#POLYCCPemacuMalaysiaMADANI
#ThrivingThroughChange
#WeLovePOLYCC
#TVETPilihanUtamaKerjaya